PENJAGAAN IBU ARNAB SELEPAS MELAHIRKAN ANAK & PENJAGAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR.
Seperti
haiwan peliharaan atau ternakan yang lain . Arnab juga perlu di beri perhatian
yang teliti dari segi pemakanan dan kesihatan arnab tersebut. Lebih - lebih
lagi semasa arnab betina bunting atau melahirkan anak , pemakanan yang
seimbang perlu di titik beratkan untuk menjamin kesihatan ibu dan kandungan juga
anak-anak yang di lahirkan .
PENJAGAAN IBU ARNAB YANG MENLAHIRKAN ANAK.
Terdapat
dua situasi yang boleh di bincangkan di sini , pertama situasi ibu arnab yang
pandai menyusukan anak . Sekiranya ibu arnab tersebut jenis pandai menjaga anaknya
, mudahlah untuk proses penjagaannya kerana semua terserah kepada ibu arnab
tersebut . Tugas kita hanya memerhatikan sama ada anak-anak di dalam bekas
beranak dalam keadaan baik atau tidak.
Ibu arnab yang
pandai menjaga anak akan sentiasa memehatikan anak - anaknya dan kerap masuk ke
dalam bekas beranak dan sentiasa dalam keadaan berjaga - jaga. Dalam keadaan ini
, janganlah kita kerap mengganggu atau memegang anak dalam bekas tersebut .
Sekiranya ada keperluan untuk memegang anak arnab tersebut , hulurkan tangan
anda terlebih dahulu ke hidung ibu arnab untuk dihidu ibunya , dan kemudian
bolehlah anda memegang anak arnab tersebut .
Situasi kedua pula , terdapat juga ibu arnab yang tidak pandai menjaga anak - anaknya. Beberapa perkara perlu di ambil tahu oleh penjaga / penternak setelah Ibu arnab melahirkan.
1. Adakah ibu arnab jenis ibu yang pandai menyusukan anak ?
2. Adakah ibu arnab akan memakan anaknya sendiri ?
3. Adakah ibu arnab pertama kali melahirkan ?
Perkara tersebut
perlu di ambil kira kerana anak arnab perlu di susukan supaya tidak terbantut pembesarannya
atau mati akibat tidak mendapat susu yang secukupnya. Ibu arnab pula perlu diberi
makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu yang banyak dan menjamin kesihatan
yang baik ketika menyusu.
Kebiasaannya ibu
arnab akan menyusukan anaknya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Ibu arnab
akan menyusukan anaknya sehingga usia anak menjangkau 2 bulan. Selepas itu boleh
di asingkan anak-anak dari ibunya.
Pada hari ke 5
anak arnab mula tumbuh bulu halus dibadannya dan pada hari ke 11 hingga ke 14 anak
arnab akan mula membuka matanya dan masuk minggu ke 3 dan ke 4 ,anak-anak arnab sudah
mula mencuba makanan yang di beri.
Info :- Ibu arnab tidak boleh dalam keadaan stress .Sekiranya stress , boleh menyebabkan ibu
memakan anak-anaknya sendiri .
PENJAGAAN ANAK ARNAB JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN ANAKNYA ATAU
KEMATIAN IBU ARNAB .
Banyak persoalan dari peminat-peminat arnab yang sering diajukan tentang penjaggan anak arnab yang tidak dihiraukan ibunya selepas lahir . Biasanya kes begini terjadi pada ibu arnab yang pertama kali melahirkan anak. Juga perkara ini berlaku di sebabkan terdapat gangguan semasa melahirkan.
Lain pula kesnya sekiranya berlaku kematian ibu arnab semasa melahirkan . Anak arnab kematian ibunya juga perlukan susu untuk membesar . Terdapat dua cara boleh di praktikkan , sama ada anda boleh meletakkan anak-anak arnab tersebut ke dalam bekas lahir arnab lain atau mengasingkan anak arnab tersebut .
Antara cara yang boleh dilakukan jika masalah begini berlaku
adalah seperti berikut :
1. Ambil ibu arnab tersebut, masukkan ke dalam kotak atau
bakul, usap kepala ibu arnab sehingga nampak tenang kemudian letakkan anak di
bawah badan ibu. Setelah 5-10 minit, angkat ibunya semula dan letakkan kembali
ke dalam sangkar. Anak tersebut di letakkan semula ke dalam bakul beranak yang
terletak di dalam sangkar ibu arnab tadi. Ulang langkah yang sama pagi dan
petang.
* Letakkan kotak/bakul di tempat tinggi seperti meja/kerusi
bagi mengelakkan dari ibu arnab lari.
2. Bagi Ibu arnab yang tidak agresif , terbalikkan ibu arnab
diatas riba atau di lengan kita , kemudian letakkan anak-anak arnab satu persatu diatas perut
ibunya untuk menyusu. Pastikan semasa proses ini berlaku , arnab dalam keadaan
selesa dan tenang. Untuk mengelak ibu arnab ketakutan , tutup matanya dengan
kain.
3. Sekiranya berlaku perkara seperti kematian ibu arnab
semasa atau selepas kelahiran , cara 1 dan 2 boleh di gunakan juga , menjadikan
ibu arnab lain sebagai ibu tumpang. Juga
boleh di praktikkan jika jumlah anak melebihi 8 ekor . Tumpangkan anak tersebut
kepada ibu lain (jika ada ibu lain yang beranak sama tarikh atau hampir).
4. Usaha terakhir untuk menyusukan anak arnab , dengan
menggunakan susu gantian seperti susu kambing . Susu gantian ini boleh didapati
di kedai-kedai haiwan peliharaan dalam bentuk tepung. Semasa menyusukan ,
gunakan pincagari atau botol susu untuk kegunaan haiwan kecil . Proses ini dilakukan
2 kali setiap hari pagi dan petang .
No comments:
Post a Comment