PENJAGAAN IBU ARNAB BUNTING.
PERSEDIAAN SEBELUM KELAHIRAN
Pemakanan arnab bunting amat penting untuk menjaga kesihatan anak arnab dan juga pemakanan yang baik menghasilan susu yang optimum apabila anak arnab lahir kelak.
Tempoh masa seekor arnab betina bunting selama 27 – 34 hari bersamaan lebih kurang 1 bulan tempoh bunting . Sepanjang tempoh bunting , pemakanan ibu arnab perlulah di jaga untuk mengelak keguguran akibat cirit - birit atau anak-anak arnab kekurangan zat semasa di dalam kandungan.
Seawal 2 minggu usia bunting, Ibu arnab mula
diberi makanan berkhasiat seperti , Alfafa Hay , Timothy Hay , Oat. Bahan-bahan
ini mengandungi kandungan protein dan kandungan fiber yang tinggi. Diet ini
juga membantu proses mengganti dan mencantikkan bulu , meningkatkan berat arnab
juga membantu meningkatkan jumlah susu arnab yang sedang bunting dan yang
sedang menyusukan anak.
Pemberian tumbuhan hijau juga di galakkan
dalam jumlah yang sesuai seperti ginseng jawa , rumput napier , ketum ayam ,
rumput Israel , serta sayur-sayuran hijau. Di ingatkan juga , supaya tidak
memberi terus sayuran hijau kepada arnab. Haruslah di layukan sedikit untuk
mengurangkan kandungan air dalam sayuran supaya dapat mengelakkan arnab daripada
terkena cirit-birit (Diarrhea).
Peratusan
Pemberian Makanan Kepada Arnab
Pemberian
ubat-ubatan kepada arnab mengikut keperluan sahaja . Arnab di beri ubat-ubatan
seperti multivitamin adalah untuk meningkatkan selera makan ,memberi penjantan lebih
aktif ,menambah susu bagi ibu bunting dan menyusukan anak ,mengurangkan stress
juga untuk memudahkan kelahiran .Multivitamin ini juga boleh mencantikkan bulu
dan sebagai pelindung daripada penyakit .
Pada hari ke 26 bunting, Kita perlulah menyediakan
bakul / kotak untuk beranak kepada arnab bunting sebagai tempat membuat sarang untuk
persediaan beranak. Sesetengah penternak menggunakan kotak beranak (Nestbox) dan
ada juga yang menggunakan bakul beranak . Ade pelbagai jenis bekas beranak untuk
arnab di pasaran , terpulang kepada penternak untuk memilih bergantung kepada
kesesuaian sangkar dan keselesaan penggunaan .Apa yang perlu dipastikan , bakul
/ kotak beranak tidak boleh bergerak-gerak atau terbalik apabila ibu arnab
menolak-nolak atau melompat keluar dan masuk ke dalam kotak . Pastikan juga
tapak bakul / kotak berlubang , ini kerana untuk mengelak air kencing ibu arnab
bertakung di dalam bakul / kotak beranak.
Di antara 27 hari
ke 30 hari bunting, kebiasaannya ibu arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk
membuat sarang sebagai persediaan untuk beranak. Ibu arnab akan mengumpul bulu-bulu
tersebut ke dalam bekas beranak. Selain daripada bulunya , kita juga boleh
membekalkan rumput kering , hay atau cebisan kertas surat khabar kepada ibu
arnab untuk dikumpulkannya ke dalam bekas beranak yang akan digunakan sebagai
tempat perlindingan anak- anak arnab yang bakal lahir nanti.
Setibanya hari kelahiran di antara 28 hari ke 34 hari bunting. Apa yang boleh kita perhatikan , ibu arnab tersebut akan mula nampak gelisah , mencakar – cakar bekas beranak dan juga melompat keluar masuk bekas. Itu adalah tanda di mana kemungkinan ibu arnab sudah bersedai dan akan beranak. Kebiasaan arnab akan beranak pada waktu tengah malam dan pagi .
Info :
No comments:
Post a Comment