Angel Rabbit Blog

Angel Rabbit Blog
Rabbit Lover

Monday, February 7, 2022

 



PENJAGAAN IBU ARNAB SELEPAS MELAHIRKAN ANAK & PENJAGAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR.


    Seperti haiwan peliharaan atau ternakan yang lain . Arnab juga perlu di beri perhatian yang teliti dari segi pemakanan dan kesihatan arnab tersebut. Lebih - lebih lagi semasa arnab betina bunting atau melahirkan anak , pemakanan yang seimbang perlu di titik beratkan untuk menjamin kesihatan ibu dan kandungan juga anak-anak yang di lahirkan .

 

PENJAGAAN IBU ARNAB YANG MENLAHIRKAN ANAK.

    

   Terdapat dua situasi yang boleh di bincangkan di sini , pertama situasi ibu arnab yang pandai menyusukan anak . Sekiranya ibu arnab tersebut jenis pandai menjaga anaknya , mudahlah untuk proses penjagaannya kerana semua terserah kepada ibu arnab tersebut . Tugas kita hanya memerhatikan sama ada anak-anak di dalam bekas beranak dalam keadaan baik atau tidak.


   Ibu arnab yang pandai menjaga anak akan sentiasa memehatikan anak - anaknya dan kerap masuk ke dalam bekas beranak dan sentiasa dalam keadaan berjaga - jaga. Dalam keadaan ini , janganlah kita kerap mengganggu atau memegang anak dalam bekas tersebut . Sekiranya ada keperluan untuk memegang anak arnab tersebut , hulurkan tangan anda terlebih dahulu ke hidung ibu arnab untuk dihidu ibunya , dan kemudian bolehlah anda memegang anak arnab tersebut .


    Situasi kedua pula , terdapat juga ibu arnab yang tidak pandai menjaga anak - anaknya. Beberapa perkara perlu di ambil tahu oleh penjaga / penternak setelah Ibu arnab melahirkan.

 1. Adakah ibu arnab jenis ibu yang pandai menyusukan anak ?

 2. Adakah ibu arnab akan memakan anaknya sendiri ?

 3. Adakah ibu arnab pertama kali melahirkan ?


    Perkara tersebut perlu di ambil kira kerana anak arnab perlu di susukan supaya tidak terbantut pembesarannya atau mati akibat tidak mendapat susu yang secukupnya. Ibu arnab pula perlu diberi makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu yang banyak dan menjamin kesihatan yang baik ketika menyusu.


  Kebiasaannya ibu arnab akan menyusukan anaknya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Ibu arnab akan menyusukan anaknya sehingga usia anak menjangkau 2 bulan. Selepas itu boleh di asingkan anak-anak dari ibunya.


   Pada hari ke 5 anak arnab mula tumbuh bulu halus dibadannya dan pada hari ke 11 hingga ke 14 anak arnab akan mula membuka matanya dan masuk minggu ke 3 dan ke 4 ,anak-anak arnab sudah mula mencuba makanan yang di beri.

Info :- Ibu arnab tidak boleh dalam keadaan stress  .Sekiranya stress , boleh menyebabkan ibu memakan anak-anaknya sendiri .

 

PENJAGAAN ANAK ARNAB JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN ANAKNYA ATAU KEMATIAN IBU ARNAB .

   

   Banyak persoalan dari peminat-peminat arnab yang sering diajukan tentang penjaggan anak arnab yang tidak dihiraukan ibunya selepas lahir . Biasanya kes begini terjadi pada ibu arnab yang pertama kali melahirkan anak. Juga perkara ini berlaku di sebabkan terdapat gangguan semasa melahirkan.


   Lain pula kesnya sekiranya berlaku kematian ibu arnab semasa melahirkan . Anak arnab kematian ibunya juga perlukan susu untuk membesar  . Terdapat dua cara boleh di praktikkan , sama ada anda boleh meletakkan anak-anak arnab tersebut ke dalam bekas lahir arnab lain atau mengasingkan anak arnab tersebut .

 

Antara cara yang boleh dilakukan jika masalah begini berlaku adalah seperti berikut :

 

1. Ambil ibu arnab tersebut, masukkan ke dalam kotak atau bakul, usap kepala ibu arnab sehingga nampak tenang kemudian letakkan anak di bawah badan ibu. Setelah 5-10 minit, angkat ibunya semula dan letakkan kembali ke dalam sangkar. Anak tersebut di letakkan semula ke dalam bakul beranak yang terletak di dalam sangkar ibu arnab tadi. Ulang langkah yang sama pagi dan petang.

* Letakkan kotak/bakul di tempat tinggi seperti meja/kerusi bagi mengelakkan dari ibu arnab lari.

 




2. Bagi Ibu arnab yang tidak agresif , terbalikkan ibu arnab diatas riba atau di lengan kita , kemudian letakkan anak-anak arnab satu persatu diatas perut ibunya untuk menyusu. Pastikan semasa proses ini berlaku , arnab dalam keadaan selesa dan tenang. Untuk mengelak ibu arnab ketakutan , tutup matanya dengan kain.

 




3. Sekiranya berlaku perkara seperti kematian ibu arnab semasa atau selepas kelahiran , cara 1 dan 2 boleh di gunakan juga , menjadikan ibu arnab lain sebagai ibu tumpang.  Juga boleh di praktikkan jika jumlah anak melebihi 8 ekor . Tumpangkan anak tersebut kepada ibu lain (jika ada ibu lain yang beranak sama tarikh atau hampir).

 




4. Usaha terakhir untuk menyusukan anak arnab , dengan menggunakan susu gantian seperti susu kambing . Susu gantian ini boleh didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan dalam bentuk tepung. Semasa menyusukan , gunakan pincagari atau botol susu untuk kegunaan haiwan kecil . Proses ini dilakukan 2 kali setiap hari pagi dan petang .








Disediakan oleh :

Angel Rabbitry

Monday, November 29, 2021

 PENJAGAAN IBU ARNAB BUNTING.

 

PERSEDIAAN SEBELUM KELAHIRAN

 

    Pemakanan arnab bunting amat penting untuk menjaga kesihatan anak arnab dan juga pemakanan yang baik menghasilan susu yang optimum apabila anak arnab lahir kelak.


    Tempoh masa seekor arnab betina bunting selama 27 – 34 hari bersamaan lebih kurang 1 bulan tempoh bunting . Sepanjang tempoh bunting , pemakanan ibu arnab perlulah di jaga untuk mengelak keguguran akibat cirit - birit atau anak-anak arnab kekurangan zat semasa di dalam kandungan.

 

    Seawal 2 minggu usia bunting, Ibu arnab mula diberi makanan berkhasiat seperti , Alfafa Hay , Timothy Hay , Oat. Bahan-bahan ini mengandungi kandungan protein dan kandungan fiber yang tinggi. Diet ini juga membantu proses mengganti dan mencantikkan bulu , meningkatkan berat arnab juga membantu meningkatkan jumlah susu arnab yang sedang bunting dan yang sedang menyusukan anak.

 

 


Timothy Hay


Alfalfa Hay


Oat

 

   Pemberian tumbuhan hijau juga di galakkan dalam jumlah yang sesuai seperti ginseng jawa , rumput napier , ketum ayam , rumput Israel , serta sayur-sayuran hijau. Di ingatkan juga , supaya tidak memberi terus sayuran hijau kepada arnab. Haruslah di layukan sedikit untuk mengurangkan kandungan air dalam sayuran supaya dapat mengelakkan arnab daripada terkena cirit-birit (Diarrhea).

 

Peratusan Pemberian Makanan Kepada Arnab

 

    Pemberian ubat-ubatan kepada arnab mengikut keperluan sahaja . Arnab di beri ubat-ubatan seperti multivitamin adalah untuk meningkatkan selera makan ,memberi penjantan lebih aktif ,menambah susu bagi ibu bunting dan menyusukan anak ,mengurangkan stress juga untuk memudahkan kelahiran .Multivitamin ini juga boleh mencantikkan bulu dan sebagai pelindung daripada penyakit .

 

    Pada hari ke 26 bunting, Kita perlulah menyediakan bakul / kotak untuk beranak kepada arnab bunting sebagai tempat membuat sarang untuk persediaan beranak. Sesetengah penternak menggunakan kotak beranak (Nestbox) dan ada juga yang menggunakan bakul beranak . Ade pelbagai jenis bekas beranak untuk arnab di pasaran , terpulang kepada penternak untuk memilih bergantung kepada kesesuaian sangkar dan keselesaan penggunaan .Apa yang perlu dipastikan , bakul / kotak beranak tidak boleh bergerak-gerak atau terbalik apabila ibu arnab menolak-nolak atau melompat keluar dan masuk ke dalam kotak . Pastikan juga tapak bakul / kotak berlubang , ini kerana untuk mengelak air kencing ibu arnab bertakung di dalam bakul / kotak beranak.

 

 

Bekas Beranak Kayu



Bekas Beranak Plastik

 

    Di antara 27 hari ke 30 hari bunting, kebiasaannya ibu arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat sarang sebagai persediaan untuk beranak. Ibu arnab akan mengumpul bulu-bulu tersebut ke dalam bekas beranak. Selain daripada bulunya , kita juga boleh membekalkan rumput kering , hay atau cebisan kertas surat khabar kepada ibu arnab untuk dikumpulkannya ke dalam bekas beranak yang akan digunakan sebagai tempat perlindingan anak- anak arnab yang bakal lahir nanti.


    Setibanya hari kelahiran di antara 28 hari ke 34 hari bunting. Apa yang boleh kita perhatikan , ibu arnab  tersebut akan mula nampak gelisah , mencakar – cakar bekas beranak dan juga melompat keluar masuk bekas. Itu adalah tanda di mana kemungkinan ibu arnab sudah bersedai dan akan beranak. Kebiasaan arnab akan beranak pada waktu tengah malam dan pagi .


Info :

Pengiraan hari bunting adalah bermula dari hari arnab mengawan . Di jangka hari beranak di antara 25 – 34 hari selepas mengawan.








Disediakan oleh :

Angel Rabbitry